FuhYooFm Dot Com adalah satu produk hak milik penuh Fitrah Media Enterprise. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Fitrah Media Enterprise, di bawah adalah profile yang boleh dijadikan sebagai rujukan tambahan:
Fitrah Media Enterprise – ‘FMe’ merupakan syarikat yang mengendalikan kursus dan khidmat nasihat untuk program kokurikulum KELAB MEDIA dan RADIO SEKOLAH.
SK Taman Suria merupakan sekolah ke 5 yang menjalankan program kokurikulum Kelab Media dan Radio Sekolah di daerah Johor Bahru.
APA ITU KELAB MEDIA DAN RADIO SEKOLAH ?
Program kokurikulum ini bertujuan menyahut seruan Kementerian Pelajaran beteraskan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan –PIPP, yang bertujuan memperkasakan sekolah kebangsaan dan menengah kebangsan serta meningkatkan modal insan pelajar dalam semua bidang pendidikan.
Ianya merupakan satu wadah pendidikan dari gabungan pemikir syarikat swasta yang inovatif dan selaras dengan PELAN INDUK PENDIDIKAN KEBANGSAAN – PIPP.
Melalui program ini pelajar didedahkan kepada bidang penyiaran yang kini mula mendapat tempat di Negara kita.
Penyiaran tidak hanya tertumpu kepada penerbitan sahaja, kini penyiaran sudah memasuki era yang lebih luas dan terbuka radio, tv, interent dan apa jua maklumat kini hanya dihujung jari kita.
Sehinggakan kerajaan juga memberikan perhatian kepada sistem penyampaian kerajaan disemua jabatan dan kementerian diseluruh Negara.
Bedasarkan kenyataan itu Yb Adam memberi penekanan kepada kegiatan kokurikulum sekolah yang ada hubungkait dengan penyiaran kepada pelajar sekolah kebangsaan dan menegah kebangsaan khasnya di DUN Tg Puteri dan diseluruh negeri Johor amnya.
Katanya jika sistem penyampaian Negara beri penambahabaikan, maka kesempuraan sistem itu perlu bermula dari sekolah.
Para pelajar sekolah yang menyertai program kokurikulum ini diberi pendedahan mengenai penyiaran ‘ broadcasting’dari seawal peringkat asas sehingga mereka mampu explore bidang berkenaan.
Pada peringkat awal pelajar sekolah menjadi ahli Kelab Media sekolah mereka dan diberikan Kursus Asas mengenai penyiaran ‘’broadcasting’’ dan segala yang berkaiatan dengan dunia penyiaran Negara.
Selepas itu satu prasarana lengakap diadakan di sekolah berkenaan dengan mengadakan sebuah mini studio yang akan membolehkan sekolah berkenaan mempunyai sebuah stesen Radio Sekolah yang bersiaran secara SIARAN DALAMAN SEKOLAH / IN HOUSE BROADCASTING.









