FuhyooFM Dot Com » Bengkel Asas Penyiaran SIGS
Lagu-lagu yang disiarkan di Radio Internet FuhYooFM adalah untuk tujuan PROMOSI semata-mata. Sila dapatkan CD ORIGINAL untuk qualiti bunyi yang standard.
Tutup tetingkap ini

Bengkel Asas Penyiaran SIGS

Siapa kata anak kita tidak boleh menjadi seorang juruhebah/juruacara yang bagus?
Siapa kata bidang penyiaran bukan satu skop yang bagus?

Tahukah anda bahawa kareer sebagai juruhebah memerlukan seseorang yang mempunyai confident level yang tinggi?

Sedarkah anda jika anak anda mempunyai bakat suka bercakap sejak dari kecil, mereka boleh menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi untuk public speaking skill apabila mereka dewasa kelak?

Kadang kala kita tidak sedar anak kita mempunyai bakat dan kemahiran yang tinggi dalam bidang penyiaran. Cuma yang lebih menyedihkan, ada pula di kalangan kita ibu bapa sendiri yang memandang rendah akan kebolehan anak kita sendiri.

Naaaahhhh… sekarang lihatlah sendiri betapa gembiranya pelajar-pelajar SIGS ini apabila mereka dapat melihat dengan lebih dekat akan dunia penyiaran yang selama ini hanya dapat “di dengar”.

Sama ada anda percaya atau tidak, pada masa Bengkel Asas inilah kita dapat lihat “confident level” pelajar-pelajar ini pada tahap yang sungguh mengujakan!

Siapa kata bidang penyiaran hanyalah hiburan semata-mata?
Ianya lebih dari itu!!!

Ianya adalah dunia komunikasi yang bersifat “menyampaikan” iaitu TABLIGH!!!

Bengkel Asas Penyiaran SIGS ini telah dilaksanakan di SIGS pada 24 & 25 April 2009.

sigs

Terbaik Dari Kami!

award-1

award-2

Venice Theme

FuhYooFM Dot Com adalah sebahagian dari rangkaian Fitrah Media Enterprise